Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izinNya kita dapat berkumpul semula
bagi memulakan sesi persekolahan 2013. Ucapan setinggi penghargaan dan
terima kasih di atas segala sumbangan dan pencapaian yang telah
diperolehi sepanjang tahun 2012. Selaku Pengetua saya berdoa agar tahun
2012 ini akan membuahkan kejayaan dan kegemilangan dalam pelbagai
bidang, dimensi dan aras yang lebih hebat berbanding tahun sebelumnya.
Selagi kita berusaha dengan gigih, penuh keikhlasan dan penuh iltizam,
kita pasti akan berada di puncak kegemilangan. Kita tidak akan berhenti
daripada terus memburu kualiti yang kita kejar, kita mendapati ada lagi
kualiti yang lebih baik daripada apa yang kita kejar. Dengan itu usaha
kita tidak berhabis-habisan dan tidak ada hadnya dan kita perlu mengejar
kualiti sepanjang masa.
Pengalaman
kita membina ketamadunan dan kecemerlangan pendidikan telah mematangkan
pemikiran dan tindakan kita. Saya cukup bangga dengan kekuatan pasukan
kerja yang berjaya dibentuk. Amalan kerja sepasukan (no one is work isolation)
dengan mengambil kira sumbangan setiap ahli sesungguhnya menjadi teras
keberkesanan kerja kita. Syabas dan teruskan dengan budaya produktif ini
bagi menjadikan SMK Kubang Telaga sebagai sebuah sekolah terbaik
Negara.
Sebagai seorang pendidik kita harus sedar bahawa anak didik kita adalah aset tertinggi negara untuk masa hadapan. Mereka adalah modal insan (human capital) yang perlu kita bentuk dan canai ke tahap optimum selaras dengan penetapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Apatah lagi, pelajar-pelajar ini telah membuktikan mereka mempunyai Nilai Intelek (intellectual Value ) yang
berkapasiti tinggi dengan kelayakan mereka memasuki SBP atau MRSM
sebaik sahaja mendapat keputusan PMR atau memasuki IPT sebaik sahaja
mendapat keputusan SPM. Oleh itu semua pelajar kita berhak mendapat
pendidikan terbaik dan berkualiti daripada semua guru di sekolah ini.
Tidak ada seorang pun pelajar sekolah ini yang disisihkan daripada
mendapat kemudahan ini. Saya yakin guru-guru SMK Kubang Telaga mampu
memikul amanah dan tanggungjawab yang cukup besar ini. Kita juga perlu
gigih untuk membimbing mereka dalam pembentukan satu personaliti unggul (towering personality) yang membolehkan pelajar kita mengembara jauh dalam dunia tanpa sempadan yang penuh dengan persaingan ( stiff competitive berderless wold).
Semua
guru sewajarnya berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertajamkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran masing-masing melalui program-program Continuing Professional Development (CPD). Selain itu, guru-guru juga perlu membuat refleksi diri (self reflection)
berdasarkan pencapaian tahun 2012 dan tahun-tahun sebelumnya. Kita
mesti juga membuat semakan kerja dari masa ke masa untuk mengenalpasti
di tahap mana kita berada sekarang dan ke mana halatuju kita seterusnya.
Semua ini perlu dilakukan supaya selari dengan wawasan diri
masing-masing sebagai guru yang professional.
Saya
berdoa agar setiap warga kerja sekolah ini dapat menyumbang tenaga dan
kepakaran dalam usaha meneruskan kecemerlangan pendidikan SMK Kubang
Telaga. Semoga kita sentiasa dianugerahkan Allah Yang Maha Esa dengan
kesejahteraan, kesihatan, ketaqwaan iman, ketajaman pemikiran dan
kestabilan emosi sepanjang kita berkhidmat untuk agama, bangsa dan
negara.
Sekian, Wassalam
( AB MANAH BIN JUSOH)
Pengetua,
SMK Kubang Telaga
No comments:
Post a Comment