Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Telaga (SMKKT) mula dibina pada tahun 2002 dengan kos pembinaan bernilai RM 24.8 juta. Luas Kawasan sekolah adalah 8.4 ekar. SMKKT dibina sebagai sebuah sekolah yangbegitu unik dan menarik dari segi reka bentuk bangunan dan persediaan bilik-bilik khas.
SMKKT telah memulakan sesi persekolahannya pada 1Julai 2004 dengan jumlah pelajar seramai 281 orang. Pelajar tersebut terdiri daripada tingkatan 1 dan 2 yang disalurkan daripada SMK Sri Gunung. Sebanyak 8 bilik darjah telah dibuka iaitu 4 kelas untuk tingkatan 1 dan 4 kelas untuk tingkatan 2. Seramai 16 orang guru telah diperuntukkan bagi mengajar pelajar tersebut dibawah pentadbiran tiga orang pentadbir yang terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum.
Bermula sesi persekolahan 2005, SMMKT mula menerima pelajar tingkatan satu daripada sekolah salurannya iaitu SK Kubang Telaga, SK Keting, SK Bakong dan SK Sri Kemunting.
Tiga kelastelah diperuntukkan kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR PPD bachok yang mendapat kelulusan sekurang-kurangnya 3A2B. Kelas-kelas tersebut dinamakan Kelas Rancangan Khas (KRK) dan ianya di bawah kawalan PPD Bachok.